Insan Prihatin
Publication: BH
Date of publication: Jan 21, 2010
Section heading: Sentral
Page number: 017
Byline / Author: Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid
TUTUR katanya penuh semangat, berdiplomasi dan tegas, tetapi hatinya kental, malah jiwanya punyai naluri kemasyarakatan. Itulah Sharmini Hensen, ibu muda yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat.
Pengalaman hidup ketika menjalani latihan jati diri sebelum ini banyak mengajar beliau agar tabah mengharungi liku hidup dan cekal dalam membela nasib wanita yang bergelar ibu tunggal sepertinya.
Baginya, hidup seharus tidak disiasiakan dan perlu diteruskan demi anak tanpa menoleh kepada mereka yang hanya ingin melihat diri sengsara mahupun menderita.
Giat beramal tanpa mengira bangsa, ibu muda itu berusaha membantu masyarakat khususnya ibu tunggal dengan mengusahakan kafe di Menara Sentul bersama rakan kongsi, Florence Tan.
Konsep yang dibawakan beliau amat menarik dan menggamit perasaan apabila beliau nekad membuka peluang pekerjaan dan kemahiran kepada individu yang miskin dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
"Pelajaran yang diberikan berbentuk kemahiran dan praktikal serta boleh digunakan oleh mereka menghadapi dunia pekerjaan di luar nanti. Banyak pengalaman boleh ditimba dengan bantuan pengajaran oleh chef profesional. Daripada kosong mereka diajar agar cekap sehingga layak bergelar chef.
"Lagi pun, saya berharap mereka boleh berdikari sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mungkin mereka boleh gunakan ilmu ini untuk membuka perniagaan impian masing-masing nanti. Lagi pun, saya hanya pendorong dan pencetus semangat serta membantu dalam memperkukuh jati diri mereka saja," katanya ketika ditemui pada majlis amal meraikan kanak-kanak supaya mengamalkan makanan sihat (Community Kitchen) di Cafe One, Menara Sentul, baru-baru ini.
Beliau berkata, tidak sukar menjayakan kafe berkenaan memandangkan niat baiknya dipermudahkan. Beliau pada awalnya hanya mencari peluang dalam mencurahkan keringat dan bakti kepada masyarakat.
Mengingati detik mendapat idea menjayakan kafe bercorak komuniti itu, Sharmini berkata, beliau mengalami kemurungan akibat masalah rumah tangga. Tertekan dengan situasi, beliau dinasihatkan menjalani program jati diri (couching) selama enam bulan.
"Saya mengikuti dua peringkat program iaitu enam hari untuk peringkat pertama dan 10 hari untuk bergelar master. Program yang dibekalkan ialah set kemahiran bagi memantapkan emosi diri dalam bekerja," katanya.
Bagaimanapun, episod diberhentikan kerja tatkala ekonomi meleset menjadi titik bermulanya perjuangan beliau. Waktu itu ditambah dengan proses perceraian, beliau menginginkan sesuatu yang terbaik buat diri.
Minat dalam bidang pengurusan ekoran pernah menyandang jawatan pengurus di sebuah restoran terkenal, ibu kepada dua anak, Tash Win Dale Hensen, 13 dan Kayla Gowvi Hensen, 8, itu mengambil langkah mengusahakan kafe. Perancangan rapi dibuat meskipun suntikan kewangan masih tidak stabil. Begitupun, ketika menghadiri majlis kebajikan yang dianjurkan di Menara Sentul, beliau terjumpa dengan pelanggan tetap restoran kendaliannya dulu.
"Saya terkejut ketika berjumpa Florence di situ. Tidak sangka bertemu, kami berbual panjang dan saya ada nyatakan hasrat hati dan dia bersetuju lalu menyuruh saya menghantar proposal kepadanya," katanya yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains, Universiti Malaya.
Memandangkan Menara Sentul tidak mempunyai kafe makanan, Florence mencadangkan aras bawah bangunan berkenaan disewa. Perjalanan Sharmini menjadi lebih mudah dengan kehadiran Florence sebagai rakan kongsi beliau dan kini membantu dalam merencana kewangan serta suntikan modal.
Pada Disember lalu, kafe komuniti itu dibuka secara rasmi dengan bantuan 14 kakitangan yang terdiri daripada ibu tunggal, pelajar lepasan sekolah dan jiran setempat. Menariknya, garapan elemen jati diri seperti kasih sayang, bersyukur, hormat-menghormati dan jujur amanah menjadi pegangan serta amalan mereka. Keakraban antara kakitangan bagaikan sebuah keluarga besar.
Baru-baru ini, Sharmini dan kakitangan mengadakan majlis makan tengah hari Community Kitchen. Hampir 30 kanak-kanak setempat diraikan dengan aneka makanan yang lazat, enak dan berkhasiat.
Begitu pun, katanya, majlis itu disifatkan sebagai saluran amal oleh Cafe One dalam menjana pemakanan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak kerana baginya tidak semua kanak-kanak mampu menikmati hidangan berkhasiat setiap hari.
"Kami bercadang mengadakan majlis sebegini pada setiap Sabtu dan jika kewangan mengizinkan kami berhasrat melancarkannya setiap hari. Ini adalah kali pertama kami menganjurkannya dan ia mendapat sambutan baik daripada masyarakat," katanya ceria.
Selain memberi pemakanan yang sihat, Sharmini dan kakitangan turut bermesra dengan kanak-kanak itu di samping mendapat bantuan daripada tiga petugas sukarela, Farina Abdul Jabar, 24, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nadhirah Mohd Zainudin dan Tan Chee Khuan, 28.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan ialah melukis ucapan terima kasih dengan kreativiti tersendiri kanak-kanak. Kad ucapan itu akan diberikan kepada penyumbang dana Cafe One sebagai tanda kesyukuran mereka.
Sinonim dengan karakter ibu penyayang, anak-anak tidak diabaikan. Mereka sering menjadi keutamaan Sharmini biarpun diri sentiasa sibuk. Mendapat sokongan padu daripada ibu, dua permata hati tercinta, dan teman rapat, beliau kini makin bersemangat untuk merealisasikan impiannya.
INFO
Sharmini Hensen
* Umur: 36 tahun
* Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains, Universiti Malaya
* Jawatan: Pemilik Cafe One, Konsultan Pengurusan secara web dan Jurulatih Jati Diri
* Aktiviti amal:
1) Membantu ibu tunggal memantapkan prestasi diri.
2) Menganjurkan majlis Community Kitchen, pemakanan sihat buat kanak-kanak komuniti Sentul.
3) Memberikan khidmat jati diri dan pengurusan secara web.